14 July 2013

Ramadhan di Perantauan

Assalamualaikum...

Cehh tengokkan tajuk, macam puasa kat perantauan yang jauh nun beribu batu. Padahal kat selatan tanah air ni je. Bukan jauh pun. Tapi, agak jauh la dari negeri kelahiran. -.-

Buat kali keduanya sepanjang hidup sebagai seorang insan yang bernama pelajar ni, ini lah kali kedua berpuasa di perantauan. Negeri orang kira perantauan la kan. Hehee. Kali pertama masa matrik nuh. Ni kali kedua kat universiti pulak.

Banyak pengalaman berpuasa kat negeri orang ni.

Masa kat matrik, ada roomate temankan berbuka, bersahur (jarang2), pergi bazar sama2, pergi terawih sama2. Sekali dengan roomate yang Chinese tu pun aku angkut pergi bazar. Kami berbuka puasa ramai2 kat bilik. Kami kongsi makanan sama2. Kuih-muih. Roomate aku yang Chinese tu pernah belanja kami makan satay untuk berbuka. Seronokk.. Kadang2 berbuka dengan classmate. Tapi kalau dengan classmate biasanya berbuka kat masjid. Kat maasjid pun seronok. Berbuka ramai2.

Okay. Sekarang kat U ni lain sikit. Takde roomate nak temankan berbuka. Hanya ada classmate. Cara kami berbuka pun lain sikit dari masa kat matrik dulu. Hari ni dah 5 Ramadhan dan termasuk semalam, dah dua kali aku berbuka kat masjid dengan classmate. Dua kali berbuka kat masjid dan dua kali berbuka kat bilik classmate.

Kami selalu pergi bazar Ramadhan kt Taman Pulai. Rate harga dia mak ooii, mahal sangat laaa. Aku dah terkena dah masa hari kedua berpuasa. Konon2 nak berjimat, dalam kepala fikir nak beli nasi berlauk je. Taknak nasi ayam, taknak nasi tomato. Sampai je kat gerai tu, terus cakap nak nasi dagang. Aku ambik lauk ayam goreng brempah dan sedikit kuah. RM8 tuu. kawan aku kena lagi teruk. Nasi putih + ayam goreng berempah + kuah = RM9! Memang masa nak bayar terkejut aku. Tapi bagi jugaklah duit sebab dah ambik dah pun makanan tu. Aku halalkan je la kat makcik tu. Bulan puasa ni, tak baik marah2. Last2, hari ketiga berpuasa, kami pergi berbuka kat masjid U. Seronok. Ramai orang dan boleh berkenalan dengan kawan2 baru. Makan dalam dulang. 1 dulang 4 orang. Teringat zaman sekolah dulu. Rindu sekolah. ;(

Rindu nak puasa kat rumah. :(  Tapi takpela. Orang cakap tinggal kat perantauan ni banyak pengalaman. Pengalaman ni la yang akan mengajar kita nanti. :)


Okay. See ya!
Share This:    Facebook Twitter

13 July 2013

Terkena batang hidung sendiri

Assalamualaikum...

Entah kenapa status update kat facebook salah seorang dari kawan saya rasa macam terkena atas batang hidung sendiri. Ohh tidakk.!

 

Entah kenapa bila baca dia punya status, saya rasa tersentuh dan rasa macam saya adalah orang yang sebegitu dalam keadaaan sekarang. Am I that person who dig my own failure grave? I think I'm the one. Saya tahu dia update status bukan untuk saya tapi saya terkena dengan kata2 dia. So deep meaning. I have to change. Saya taknak gali kubur kegagalan saya sendiri.

Give me some strength. Give me some spirit. Give me some determination to endure all the challenges in my life. Ya ALLAH..  ;(


Okay. See ya!
Share This:    Facebook Twitter

13 June 2013

MAAF

Assalamualaikum...

Saya memaafkan mereka bukan sebab saya lemah. Saya memaafkan mereka kerana saya cukup kuat untuk menyedari yang manusia melakukan kesilapan.

Saya pun macam mereka. Mereka pun sama macam saya.

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini.

Peace! No war. =D


Okay. See ya!
Share This:    Facebook Twitter

Renungan bersama

Assalamualaikum...

Renungan
khususnya untuk para wanita dan diriku sendiri.

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat
Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah.

Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab,

"Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar,
beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang
rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi saw.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka
disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.
Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.


Okay. See ya!
Share This:    Facebook Twitter

Sahabat

Assalamualaikum...

12 SIFAT SAHABAT SEJATI MENURUT IMAM AL-GHAZALI

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

~Semoga kita dianugerahkan sahabat seperti itu dan menjadi sahabat seperti itu.. InsyaAllah


 Okay. See ya!
Share This:    Facebook Twitter

13 perkara yang perlu dijaga

Assalamualaikum...

13 perkara yang perlu dijaga oleh wanita solehah.

1. Bulu kening.

Menurut Bukhari, Rasullulah s.a.w. melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng.

Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan atau melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng, sama juga seperti pelacur di zaman jahiliyah.

3. Wangian

Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal, kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada.

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi.

Rasullulah s.a.w. melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah s.w.t. – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher.

Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliah yang dahulu.

Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan.

Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah s.a.w. dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah s.a.w:

“Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja,” – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan.

Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata.

Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad s.a.w;

“Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram,” – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara).

Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda Rasulullah s.a.w;

“Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah SWT. akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi,” – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan.

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan menta'ati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah SWT. – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian.

Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah s.w.t. akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud:

“Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya,” – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut.

“Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya,” – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim


 Okay. See ya!
Share This:    Facebook Twitter

7 Ayat Cinta

Assalamualaikum...

7 ayat cinta ni bukanlah ayat cinta untuk pakwe atau makwe kita tau. 7 ayat cinta ni untuk diri kita sendiri. Menandakan yang kita sayangkan diri kita, cintakan diri kita. hehe ;-)


Sabda Rasulullah SAW:
Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

7 ayat cinta : 

1. Bismillahhirrahmannirrahim;
Pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulliah;
Pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3. Astagfirrullah;
Jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. Insyaallah;
Jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquwataillahbillah;
Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah;
Jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7. Laailaahaillallah;
Bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-
banyaknya.

Amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong di kalangan orang yang terpilih oleh Allah...Aamiiin..


Okay. See ya!
Share This:    Facebook Twitter

Diet

Asalamualaikum...

Diet. Semua orang nak diet. Diet ni tak semestinya untuk kurus je. Diet ni bagus untuk kesihatan dan kebaikan diri sendiri. Diet untuk sihat. Itu yang penting. So, hari ni nak kongsi cara diet kekasih kita semua, iaitu, Rasulullah s.a.w. Cara diet Baginda memang terbaik laaahh. Memang patut dicontohi dan dituruti. hehe

Ni caranya. Ada 15 cara semuanya.

1. Rasulullah memulakan makan dengan menyebut 'basmallah' 
2. Baca doa sebelum makan
3. Gunakan tangan kanan (tangan kiri dilarang)
4. Makan garam secubit sebelum makan
5. Mula makan dari tepi (pinggir)
6. Ambil makanan yang berhampiran.
7. Gunakan tiga jari.
8. Kunyah makanan banyak kali
9. Larangan mencela makanan dan sunat memuji makanan
10. Makruh bersandar ketika makan
11. Kutip makanan yang terjatuh.
12. Jilat jari setelah selesai
13. Membaca doa selepas makan
14. Meramaikan orang untuk makan bersama
15. Galakan bercakap

Okay. Untuk yang nombor 15 tu, bukanlah bercakap ketika makanan ada dalam mulut kita. Digalakkan bercakap ni maksudnya beramah mesra. Bercakap yang dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim sesama kita. Bukan bercakap yang bukan-bukan, gosip, dan yang sewaktu dengannya lah.

Renung-renungkan dan selamat beramal ya! Selamat berdiet jugak.  :)


Okay. See ya!
Share This:    Facebook Twitter

10

Assalamualaikum...

10 di sini bermaksud 10 Surah yang patut dijadikan amalan oleh kita semua. 10 Surah yang dapat melindungi kita semua, InsyaALLAH. 10 Surah yang dapat menghalang 10 ujian besar ALLAH.

1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan
Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga
atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika
menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada
ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab
di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala
perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita
daripada menjadi kafir ketika menghadapi
kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada
menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan
hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada
ditimpa penyakit was-was. 

Amalkan 10 Surah ini, InsyaALLAH kita akan sentiasa dalam lindunganNya.. Aamiiin.


p/s:pesanan untuk diri sendiri yang lemah ini

Okay. See ya!

Share This:    Facebook Twitter

02 June 2013

Cerita

Assalamualaikum...

Cerita bermula dengan adanya pencerita. Cerita takkan bermula tanpa pucuk pangkalnya. Bila bercerita ada adabnya. Bila bercerita ada caranya. Bila bercerita ada pantang larangnya.

Setiap apa yang berlaku, ada 3 penjuru cerita. Dari sana, cerita kita sendiri dan kebenaran.

Dari sana. Pihak lain yang sentiasa ada dalam setiap hal yang berlaku. Mungkin benar mungkin salah.

Cerita kita sendiri. Hanya kita yang tahu cerita.

Kebenaran. Hanya Allah yang tahu mana benar mana salah. Mungkin cerita kita sendiri yang salah, mungkin juga benar. Tak kurang juga dengan dari sana. Kebenaran yang mungkin takkan terungkap jika hanya kita diselubungi cerita kita sendiri dan dari sana. Kebenaran yang sukar dicari pada masa sekarang. Kebenaran yang terselindung di sebalik cerita kita sendiri dan cerita dari sana.

Kadang2, kita rasa cerita kita sendiri mempunyai kebenaran yang dicari. Begitu juga dengan cerita dari sana. Mengharapkan kebenaran di dalam ceritanya. Semua itu hanya ilusi semata-mata. Kebenaran takkan singgah pada kedua-dua cerita. Ceita kita sendiri mahupun cerita dari sana. Kebenaran hanya kebenaran yang hanya diketahui oleh Pencipta kita.

Kebenaran takkan singgah kepada kita jika kita tidak mencarinya. Dalam usaha mencari kebenaran, keperitan pasti akan menjelma. Keperitan yang akan membuat jiwa kita merana. Dalam menghadapi keperitan, sabar adalah kuncinya.

Sabar dalam segala hal. Sabar ada had nya. Jangan diuji orang yang marah, jangan marakkan lagi api yang sedang membara dalam diri mereka. Bersabar dalam marah. Bukan semudah kata-kata. Lidah diam tidak berkata, tapi hati sedang membara. Namun begitu, sabar itu sangat indah. Ganjarannya amat lumayan. Sungguh indah orang yang bersabar itu.

Betul apa yang dikatakan, jangan membuat keputusan dalam keadaan marah. Kerana keputusan itu bukan dari hati kita sendiri, malah ia adalah daripada syaitan. Jika sedang marah, ambillah wudhu'. Ia akan meredakan rasa marah kita yang membuak-buak.


p/s: banyak pulak membebel ni.. bukan membebel tapi sedikit coretan sebagai pengajaran. ;-)

Okay. See ya!




Share This:    Facebook Twitter

28 May 2013

One chance

Assalamualaikum...

If you have only one chance in your life and this chance can affect your future, what should you do?

You will be happy if you use it wisely.

You will sad if you waste it.

Think wisely before do any action.
This chance will not return to you if you don't use it or you waste it.
Don't let the chance go without you having any benefit.


Okay. See ya!
Share This:    Facebook Twitter

Study Week

Assalamualaikum...

1)Study week = balik week ---> bagi mereka yang dekat rumahnya,
2)Study week = makan week ---> bagi mereka yang stress studynya,(tapi x study2 pun. stres sbb bnyk yg x cover lagi)
3)Study week = jalan2 week ---> bagi mereka yang rasa dia dah habis study and rasa nak enjoy.

Tu definisi study week bagi budak2 batch aku. Kalau aku, aku di kategori yang kedua.  Hohoo.. Masa study week ni lah masa untuk menambahkan berat badan yang telah terlebih berat dah ni. -.- (tapi masih tak sedar diri yang dah terlebih berat)

Bagi aku, kalau nak balik rumah time2 study week ni, membazir rasanya.. Kalau kat rumah, sah2 dah tak sentuh buku. Banyak benda lain nak kena sentuh. Masak lagi. Kemas rumah lagi. Fuuhh.. Kalau nak pergi jalan2 pulak, susah kot bagi aku. Aku takde kenderaan yang boleh bawak aku jalan2 ke mana2 aku nak pergi kat JB ni.. Mengharapkan pada yang sudi menolong. -,-

So, kesimpulannya, duduk je kat bilik study + makan. Makin tembamlah aku nanti. Dah rasa macam belon dah ni. T.T


Okay. See ya!
Share This:    Facebook Twitter

Hormat

Assalamualaikum...

Siapa kita? Siapa ibubapa kita? Siapa guru kita?

Adakah kita akan berada di dunia ini tanpa ibubapa kita disisi? Adakah kita akan berjaya tanpa didikan dari seorang insan yang bernama guru?dengan izin ALLAH

Mereka adalah insan yang paling penting dalam hidup kita semua.

Hormatilah mereka sepertimana anda ingin orang lain menghormati anda. Jangan sampai orang hilang rasa hormat kepada anda walaupuna anda jauh lebih tua dari dia.

Yang muda disayangi, yang tua dihormati.

Respect others, and others will respect you as well.


Okay. See ya!
Share This:    Facebook Twitter

Kenangan demi kenangan

Assalamualaikum...

Setiap sem ada kenangan tersendiri.
Tapi sem ni, banyak kenangan nya berbanding sem2 lepas. Kenangan yang takkan dilupakan sampai bila2.. Suka hatilah nak kata aku jiwang ke apa, tapi kenangan inilah yang mengajar aku erti hidup sebenar. Mencelikkan lagi mata yang telah kuyu. Meregangkan urat2 yang selama ini kendur.
Kenagan yang berlaku takkan berlaku lagi. Simpanlah ia selagi mampu, kenanglah ia selagi manis.
Kenangan yang tercipta dari kesalahan sendiri memang susah untuk dilupakan. Apatah lagi melibatkan orang tersayang.
Sungguh tak sangka benda ini akan terjadi, namun apa yang berlaku ada hikmahnya. Semua dah ditentukan oleh ALLAH Yang Maha Esa. Kita hanya mampu redha dan berserah kepadaNya. Kerana apa yang baik itu semuanya dariNya, yang buruk itu datang dari kita sendiri.
Semoga kita semua sedar siapakah diri ini disisiNya. Kita hanyalah hamba yang lemah, insan yang hina.
Setiap apa yang kita rancang, kita hanya mampu untuk merancang. Yang menentukan, adalah DIA.

Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Okay. See ya!
Share This:    Facebook Twitter

22 March 2013

Jalan-jalan

Assalamualaikum...
This post should be before the Steamboat event. Ecehh.. Hahah. We went to Tanjung Balau on this weekend (2 March 2013) and it was planned a few hours before we go. So sudden but happy. We went there with 3 cars. That was a long journey before we reached there. We cooked some food for us to eat there. There was so nice of scenery there. I really love it! :) *nak mandi pun boleh tau. tak bahaya. :p

We went there after Zohor and we reached there nearly Asar. After we pray, we cook the extra sausage and we have a picnic there with sausage and mihun goreng. Haha. That was the food we cooked at college before we went to Tanjung Balau.

Here's some of pictures for you to see.

                                   

                                                 
                                                 








Okay. See ya!

Share This:    Facebook Twitter

17 March 2013

Steamboat

Assalamualaikum...
Hujung minggu yang best.! Hujung minggu kitorang ada 3 hari. Dan minggu ni kitorang pergi makan steamboat.! :)

Kami berkonvoi sebanyak 5 kereta. 3 kereta budak lelaki, 2 kereta budak perempuan. Tapi jumlah kesemuanya 18, 9 lelaki 9 perempuan. Kami bertolak lepas maghrib je sana.









Dan kami berjalan pulang dengan kenyangnya.. Alhamdulillah :)
Next destination ---> Danga Bay!









Sungguh seronok malam tu :)

Okay. See ya!
Share This:    Facebook Twitter

17 February 2013

Welcome Back!

Assalamualaikum...
Setelah 3 minggu bercuti, here I come. Back to UTM. Demi menjalani tugas sebagai seorang pelajar dan anak yang baik, demi melaksanakan amanah yang diberi, jadi disini lah saya berada. Di UTM tercinta. Haaa..

Rasa macam tak cukup je cuti yang hanya 3 minggu tu. Orang lain semua dapat cuti 4 minggu. UTM je cuti 3 minggu. Ni yang jeless nih. Haaha.. Tak lah. Tapi betul jugak tu. Saya dah start kelas hari Rabu lagi, diorang yang lain esok baru start kelas. Yang tak puas hati nya, hari Rabu tu bukannya ada lecturer pun. Dah lah 1 kelas tu je. Last2 kami balik bilik, duk diam2 kat bilik tengok movie. Haha. Hari Khamis pun sama. Tapi nasib baik kelas BI hari Khamis tu ada. Takde la sia2 menunggu dari pagi ke petang. Semalam pun alhamdulillah. Nasib baik ada kelas. Tapi untuk minggu depan, kelas saya untuk hari Jumaat di pindahkan ke hari Khamis pagi. So, saya takde kelas hari Jumaat. Weehoo!!

Hujung minggu ni adalah hujung minggu yang paling bosan bagi saya. Nak tidur, tak mengantuk. Nak buat assignment, takde lagi. Nak tengok movie, dah boring. Nak online, takde apa yang menarik. So, goyang kaki je la hujung minggu ni. Tapi, rasanya hujung minggu depan dah penuh dengan assignment dan assessment dari lecturer.

Okay lah. Selamat menempuh semester baru. :)

Okay. See ya!
Share This:    Facebook Twitter

07 February 2013

Result oh result 2

Assalamualaikum...
Tadi saya post pasal result exam sem lepas. Sekarang ni, pasal result test JPJ!! Ohh.. Sadis nak cakap..

KANDAS

Okay.. Tu yang saya dapat masa ujian dengan JPJ tadi. Kalau 1 bahagian je takpe, tapi masalahnya dua-dua bahagian saya gagal. Okay. Setel la satu hal. Ehh tak setel lagi. Kena ulang balik laa. Tapi bukan dalam masa terdekat ni la. Dalam 2 , 3 bulan lagi ke.

Tapi takpe lah. Takde rezeki. Lain kali ada la tu. Saya pun sebenarnya dah tak larat nak belajar kereta ni., Dah jemu rasanya. Tapi. Tu lah. Jemu lagi. Kan dah gagal. Haha. It's ok. I'll try again Mr. JPJ.

Tapi yang syoknya kitorang pergi main boling tadi. Hehe. Release tension la katakan. Uhukks :) Sanggup diorang tunggu semata-mata nak keluar bersama. Korang memang the best lahh.

Okay. Saya penat.


Okay. See ya!
Share This:    Facebook Twitter

Result oh result

Assalamualaikum...
Okay. Hari ni result keluar. Ehh? Semalam la rasanya. Tapi saya baru tengok hari ni. 

Nampaknya result turun dengan menjunam sem ni. Tapi, apa-apa pun alhamdulillah :) Rezeki saya banyak tu. Syukur dengan apa yang dapat. 

Semoga sem ni dapat beri pengajaran.

Jangan main-main lagi sem depan. Belajar dengan molek-molek.

Ohh sadissss! 


Okay. See ya!
Share This:    Facebook Twitter

Welcome dear!


Assalamualaikum...
Pada 2 Februari lepas, tepat jam 3.15 pm, kakak ipar saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.63 kg di hospital panel syarikat dia di Kuala Lumpur. Alhamdulillah.. Thanks to ALLAH untuk ahli baru ni.

Selamat datang ke dunia baru, sayang. :)


Okay. See ya!
Share This:    Facebook Twitter

30 January 2013

Pengalaman

Assalamualaikum..
Tetiba rasa nak update hari ni.. Dah lama tak menulis. Biasalah sibuk sikit. Cuti pun sibuk ke? Eh, tak lah. Bukan sibuk apa pun. Nak kata ada assignment, memang la takde. Tapi, sibuk dengan tugas sebagai seorang anak yang bagus. Heee.. Dah mula perasan la tu. Takdelah. Cuti ni memang takde assignment tapi Programming Expert tak siap lagi untuk next submission. Adooii.. Chapter yang susah pulak tu. *agak susah la bagi saya.

Okay. Dah. Sebenarnya nak cerita apa eh? Ohh.. Dah ingat dah.. Sekarang ni saya dalam proses mengambil lesen kereta. Lesen L dah dapat. Sekarang tengah ambil untuk P pulak. Alhamdulilah. :) Khamis depan test dengan JPJ. Ohh takutnya.. Semoga semua berjalan dengan lancar. Semoga saya LULUS! InsyaALLAH. Tapi saya berharap sangat yang saya lulus. Sebab saya dah tak tahan nak kena belajar kereta!! Rasa macam dah boring. Huuuu. Ada ke patut gitu? Bukan boring belajar kereta, tapi disebabkan saya belajar kat Kelantan sedangkan masa saya banyak dihabiskan di Johor! Tapi disebabkan abah saya nak saya ambil lesen di Kelantan, jadi saya turutkan saja. Anak yang mendengar kata lah latakan.   -__-   Tapi takpe, ada la hikmah dia tu. Jadi, saya pun ambil lah lesen di Kelantan. Dan Khamis depan adalah tarikh untuk saya menjalani ujian dengan JPJ.Ohh

Sepanjang cuti yang tak berapa nak panjang ni, saya asyik belajar kereta je. Tiap-tiap hari bekerja saya akan belajar kereta. Start dari pagi pulak tu. Tapi, ok la buat pagi dari buat pada waktu petang. Ohh. Ramainya orang kat jalan time petang hanya Tuhan yang tahu.Hari ni pergi belajar lagi. Belajar. Belajar. Belajar. Dan belajar lagi sampai lah hari ujian nanti. Saya taknak gagal. Huuu *sape yang nak gagal kan?? Adehhh

Biasalah, dalam sehari, sejam je yang belajar dengan cikgu. Bila balik rumah, saya belajar dengan umi atau abah saya pulak. Saya banyak belajar dengan mereka la. Masa mula-mula ambil lesen ni pun, sebenarnya saya dah pandai bawak kereta tapi tak boleh bawak kat highway lah. Dah takde lesen kan. Nak buat macam mana.. So, saya belajar lah kat rumah. Bawak TAA umi saya tu. Heee

Okay. Semalam punya cerita lagi memberi pengalaman kepada saya. Macam tak percaya je bawak TAA dari Pusat Tuisyen KARISMA sampai ke rumah tanpa lesen memandu!! Ada la dalam setengah jam jugak perjalanan nya. Waauuu!! Rasa macam tak percaya. So unbelievable. Betul ke saya yang bawak tu. Tapi nasib baik tak banyak kereta la masa tu. Waktu petang. Dah nak maghrib pun. Abah saya ada kat tempat penumpang sebelah saya.Rilek je dia. Cool sangat. Siap nak main mesej-mesej lagi bila saya nak masuk simpang lorong rumah saya yang agak bahaya dikatakan. Memang kecut perut jugak la time tu. Tapi alhamdulillah, semua okay. Smooth je perjalanan saya. Alhamdulillah selamat sampai kat rumah. Hee

Ohh.. Okay lah. Sampai situ je rasanya untuk kali ni. Dah blank ni. Macam dah takde idea nak tulis apa.

p/s:esok nak gi belajar kereta lagi. Ohh
Share This:    Facebook Twitter

Another Chance


Assalamualaaikum..
Once again, I left this blog alone while I'm busy with my responsibilities. Thanks to ALLAH for giving me this chance to update. So long I've been left this work. Now, I'm back and I've so many stories to write in here. So many stories that gives me headache which one to start first. 

So, first, I've finished my experiences as a first year student. And now, I become a senior in my course. Also that, I have a junior but it is the last junior that will register as SCSV student. Later, the faculty didn't receive any student anymore. They have change back to the old system. All the students will be general. There's no more specific course like us. So sad. But it's okay. For good sake. So, when I become a senior there's must be junior will call me 'akak'. I don't care because I have 3 more younger siblings so I can adapt with them that call me 'akak'. Some senior don't like it when we called them 'akak'. Okay, done for one story.

Second, I'm on holiday now. I've finished my first semester for second year. There's a lot of experiences in second year. The lecturers just not the same as first year lecturer. Some of them were strict, some of them were simple and steady. Haha. World of second year is just the best. So, during my holiday, I want to finish my driver license. I want to finish it as soon as possible. I don't want to delay it anymore. It's so tired when we have work that not finish.

Third, during my birthday last year, I was surprised by my friends with birthday song. This the story. I decide to come to UTM on 8 September and I will arrive at UTM on 9 September. The class will start on 10 September. After I check-in to my new room, I started tidy up my things. When I went to class at tomorrow, the lecturer was late and my class monitor, Iwan, stand up in front and told the others to keep silent and he told them to sing a birthday song for me as yesterday was my birthday. I was shocked! They sang a birthday song to me and I close my face with my hand because my classmate was taking my picture at that time. He want to take my reaction. I was so shy at that time. My friends said, that my face was turn to red!. Haha. So nice of them! Thank you classmates. This was my first time I'm celebrated my birthday in UTM. Last 2 years, I was in UTM also on my birthday but it was on orientation week and all of us not so close like now at that time.

Next, I got a surprise again when my cousin, made an birthday entry in her blog for me. So cool of you! And she also put my scandal name there. Haha. After she made it, she post in on my facebook wall and ask me whether I'm touching or not. Oh my! Of course I'm touching my dear. So sweet of you lahh. I'll put the link of her blog here and the screenshot also for the entry. I'm so touched at that time.

Okay, next story. I got another surprise from my close friends. It's so wonderful! We are six all of us. We were close. 3 of us have same birthday on September. Me, 9 September, Aisyah, 20 September and Ameerah, 22 September. So, we went out on 23 September if I'm not mistaken. At first, we just want to walk in Jusco Taman U, near UTM. But, Aisyah decide want to bring her car and go quite far from UTM. So, we decide to go to Jusco Bukit Indah and Fatin was driving. Although the car is just only o MyVi, but it's enough for us. We put all of us in the small car. SIX of us in MyVi and 5 of us were CHUBBY!! Haha. Amazing! But we manage it well. When we arrive there, we were looking for place to eat. We were so hungry at that time. When we were looking for the restaurant to eat, 2 of us ; Catt and Jie ask to go to toilet. So, we let them go while we were wandering around looking for restaurant. At last we decide to eat at Kenny Roger's. Catt and Jie went to toilet so long and we waited for them before make an order. I can smell something at that time but i can't guess what it was. So, I just keep silent and let them tell us if they want. After making an order, Catt pull out one box behind her back, and open it to us. Coincidentally, 3 birthday girls was sitting in front of the other 3. So, it's more easier for them to show the box. And guess what in the box?? That was a very-cute-small cupcake!! There were 6 of them. And it's enough for us. So, they were not going to toilet but went to buy these cute-cupcakes and Fatin were ask to monitor and take us far away from them. So sweet all of you. I really love that. Ameerah was touching and she cried. Hoho. I just smile. At that time, I feel like I don't know what to say. I'm so speechless. We were capturing some photos together with the cupcakes before we eat them. Haha. It so nice!! After we eat, we wandering around Jusco and went back to UTM before it's getting dark. I'll never forget this moment. Thanks you all! LOVE you all damn much. <3

*Here some pictures.



Then, last year also was my brother's wedding. It's on 9/10/11. The date was nice right. I'm tired to write the long story. I'll just post the pictures here. He married with Terengganu girl, new my uncle's house. He knows her wife in UPM, same university.




Last, I think that's all. I feel so tired and hungry now.
Share This:    Facebook Twitter