Assalamualaikum...
Cehh tengokkan tajuk, macam puasa kat perantauan yang jauh nun beribu batu. Padahal kat selatan tanah air ni je. Bukan jauh pun. Tapi, agak jauh la dari negeri kelahiran. -.-
Buat kali keduanya sepanjang hidup sebagai seorang insan yang bernama pelajar ni, ini lah kali kedua berpuasa di perantauan. Negeri orang kira perantauan la kan. Hehee. Kali pertama masa matrik nuh. Ni kali kedua kat universiti pulak.
Banyak pengalaman berpuasa kat negeri orang ni.
Masa kat matrik, ada roomate temankan berbuka, bersahur (jarang2), pergi bazar sama2, pergi terawih sama2. Sekali dengan roomate yang Chinese tu pun aku angkut pergi bazar. Kami berbuka puasa ramai2 kat bilik. Kami kongsi makanan sama2. Kuih-muih. Roomate aku yang Chinese tu pernah belanja kami makan satay untuk berbuka. Seronokk.. Kadang2 berbuka dengan classmate. Tapi kalau dengan classmate biasanya berbuka kat masjid. Kat maasjid pun seronok. Berbuka ramai2.
Okay. Sekarang kat U ni lain sikit. Takde roomate nak temankan berbuka. Hanya ada classmate. Cara kami berbuka pun lain sikit dari masa kat matrik dulu. Hari ni dah 5 Ramadhan dan termasuk semalam, dah dua kali aku berbuka kat masjid dengan classmate. Dua kali berbuka kat masjid dan dua kali berbuka kat bilik classmate.
Kami selalu pergi bazar Ramadhan kt Taman Pulai. Rate harga dia mak ooii, mahal sangat laaa. Aku dah terkena dah masa hari kedua berpuasa. Konon2 nak berjimat, dalam kepala fikir nak beli nasi berlauk je. Taknak nasi ayam, taknak nasi tomato. Sampai je kat gerai tu, terus cakap nak nasi dagang. Aku ambik lauk ayam goreng brempah dan sedikit kuah. RM8 tuu. kawan aku kena lagi teruk. Nasi putih + ayam goreng berempah + kuah = RM9! Memang masa nak bayar terkejut aku. Tapi bagi jugaklah duit sebab dah ambik dah pun makanan tu. Aku halalkan je la kat makcik tu. Bulan puasa ni, tak baik marah2. Last2, hari ketiga berpuasa, kami pergi berbuka kat masjid U. Seronok. Ramai orang dan boleh berkenalan dengan kawan2 baru. Makan dalam dulang. 1 dulang 4 orang. Teringat zaman sekolah dulu. Rindu sekolah. ;(
Rindu nak puasa kat rumah. :( Tapi takpela. Orang cakap tinggal kat perantauan ni banyak pengalaman. Pengalaman ni la yang akan mengajar kita nanti. :)
Okay. See ya!
14 July 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 thoughts:
Post a Comment