Assalamualaikum...
Setelah 3 minggu bercuti, here I come. Back to UTM. Demi menjalani tugas sebagai seorang pelajar dan anak yang baik, demi melaksanakan amanah yang diberi, jadi disini lah saya berada. Di UTM tercinta. Haaa..
Rasa macam tak cukup je cuti yang hanya 3 minggu tu. Orang lain semua dapat cuti 4 minggu. UTM je cuti 3 minggu. Ni yang jeless nih. Haaha.. Tak lah. Tapi betul jugak tu. Saya dah start kelas hari Rabu lagi, diorang yang lain esok baru start kelas. Yang tak puas hati nya, hari Rabu tu bukannya ada lecturer pun. Dah lah 1 kelas tu je. Last2 kami balik bilik, duk diam2 kat bilik tengok movie. Haha. Hari Khamis pun sama. Tapi nasib baik kelas BI hari Khamis tu ada. Takde la sia2 menunggu dari pagi ke petang. Semalam pun alhamdulillah. Nasib baik ada kelas. Tapi untuk minggu depan, kelas saya untuk hari Jumaat di pindahkan ke hari Khamis pagi. So, saya takde kelas hari Jumaat. Weehoo!!
Hujung minggu ni adalah hujung minggu yang paling bosan bagi saya. Nak tidur, tak mengantuk. Nak buat assignment, takde lagi. Nak tengok movie, dah boring. Nak online, takde apa yang menarik. So, goyang kaki je la hujung minggu ni. Tapi, rasanya hujung minggu depan dah penuh dengan assignment dan assessment dari lecturer.
Okay lah. Selamat menempuh semester baru. :)
Okay. See ya!
17 February 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 thoughts:
Post a Comment