28 May 2013

Kenangan demi kenangan

Assalamualaikum...

Setiap sem ada kenangan tersendiri.
Tapi sem ni, banyak kenangan nya berbanding sem2 lepas. Kenangan yang takkan dilupakan sampai bila2.. Suka hatilah nak kata aku jiwang ke apa, tapi kenangan inilah yang mengajar aku erti hidup sebenar. Mencelikkan lagi mata yang telah kuyu. Meregangkan urat2 yang selama ini kendur.
Kenagan yang berlaku takkan berlaku lagi. Simpanlah ia selagi mampu, kenanglah ia selagi manis.
Kenangan yang tercipta dari kesalahan sendiri memang susah untuk dilupakan. Apatah lagi melibatkan orang tersayang.
Sungguh tak sangka benda ini akan terjadi, namun apa yang berlaku ada hikmahnya. Semua dah ditentukan oleh ALLAH Yang Maha Esa. Kita hanya mampu redha dan berserah kepadaNya. Kerana apa yang baik itu semuanya dariNya, yang buruk itu datang dari kita sendiri.
Semoga kita semua sedar siapakah diri ini disisiNya. Kita hanyalah hamba yang lemah, insan yang hina.
Setiap apa yang kita rancang, kita hanya mampu untuk merancang. Yang menentukan, adalah DIA.

Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Okay. See ya!
Share This:    Facebook Twitter

0 thoughts:

Post a Comment