02 June 2013

Cerita

Assalamualaikum...

Cerita bermula dengan adanya pencerita. Cerita takkan bermula tanpa pucuk pangkalnya. Bila bercerita ada adabnya. Bila bercerita ada caranya. Bila bercerita ada pantang larangnya.

Setiap apa yang berlaku, ada 3 penjuru cerita. Dari sana, cerita kita sendiri dan kebenaran.

Dari sana. Pihak lain yang sentiasa ada dalam setiap hal yang berlaku. Mungkin benar mungkin salah.

Cerita kita sendiri. Hanya kita yang tahu cerita.

Kebenaran. Hanya Allah yang tahu mana benar mana salah. Mungkin cerita kita sendiri yang salah, mungkin juga benar. Tak kurang juga dengan dari sana. Kebenaran yang mungkin takkan terungkap jika hanya kita diselubungi cerita kita sendiri dan dari sana. Kebenaran yang sukar dicari pada masa sekarang. Kebenaran yang terselindung di sebalik cerita kita sendiri dan cerita dari sana.

Kadang2, kita rasa cerita kita sendiri mempunyai kebenaran yang dicari. Begitu juga dengan cerita dari sana. Mengharapkan kebenaran di dalam ceritanya. Semua itu hanya ilusi semata-mata. Kebenaran takkan singgah pada kedua-dua cerita. Ceita kita sendiri mahupun cerita dari sana. Kebenaran hanya kebenaran yang hanya diketahui oleh Pencipta kita.

Kebenaran takkan singgah kepada kita jika kita tidak mencarinya. Dalam usaha mencari kebenaran, keperitan pasti akan menjelma. Keperitan yang akan membuat jiwa kita merana. Dalam menghadapi keperitan, sabar adalah kuncinya.

Sabar dalam segala hal. Sabar ada had nya. Jangan diuji orang yang marah, jangan marakkan lagi api yang sedang membara dalam diri mereka. Bersabar dalam marah. Bukan semudah kata-kata. Lidah diam tidak berkata, tapi hati sedang membara. Namun begitu, sabar itu sangat indah. Ganjarannya amat lumayan. Sungguh indah orang yang bersabar itu.

Betul apa yang dikatakan, jangan membuat keputusan dalam keadaan marah. Kerana keputusan itu bukan dari hati kita sendiri, malah ia adalah daripada syaitan. Jika sedang marah, ambillah wudhu'. Ia akan meredakan rasa marah kita yang membuak-buak.


p/s: banyak pulak membebel ni.. bukan membebel tapi sedikit coretan sebagai pengajaran. ;-)

Okay. See ya!




Share This:    Facebook Twitter

0 thoughts:

Post a Comment