Diet. Semua orang nak diet. Diet ni tak semestinya untuk kurus je. Diet ni bagus untuk kesihatan dan kebaikan diri sendiri. Diet untuk sihat. Itu yang penting. So, hari ni nak kongsi cara diet kekasih kita semua, iaitu, Rasulullah s.a.w. Cara diet Baginda memang terbaik laaahh. Memang patut dicontohi dan dituruti. hehe
Ni caranya. Ada 15 cara semuanya.
1. Rasulullah memulakan makan dengan menyebut 'basmallah'
2. Baca doa sebelum makan
3. Gunakan tangan kanan (tangan kiri dilarang)
4. Makan garam secubit sebelum makan
5. Mula makan dari tepi (pinggir)
6. Ambil makanan yang berhampiran.
7. Gunakan tiga jari.
8. Kunyah makanan banyak kali
9. Larangan mencela makanan dan sunat memuji makanan
10. Makruh bersandar ketika makan
11. Kutip makanan yang terjatuh.
12. Jilat jari setelah selesai
13. Membaca doa selepas makan
14. Meramaikan orang untuk makan bersama
15. Galakan bercakap
Okay. Untuk yang nombor 15 tu, bukanlah bercakap ketika makanan ada dalam mulut kita. Digalakkan bercakap ni maksudnya beramah mesra. Bercakap yang dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim sesama kita. Bukan bercakap yang bukan-bukan, gosip, dan yang sewaktu dengannya lah.
Renung-renungkan dan selamat beramal ya! Selamat berdiet jugak. :)
Okay. See ya!
0 thoughts:
Post a Comment