Assalamualaikum...
Semalam 10 November 2015, bersamaan dengan hari Selasa, aku mendapat panggilan temuduga di syarikat FMZ Net Solutions. Pejabatnya teramatlah dekat dengan rumah. 5 minit je dah sampai. Kalau nak diikutkan, ini kali ketiga aku dipanggil untuk ditemuduga. Kali pertama sepatutnya hari Ahad, 8 November, tetapi atas sebab tak dapat dielakkan, aku terpaksa menangguh temuduga tersebut. Kali kedua pada Isnin, 9 November, namun, En. Fazlee yang menemuduga aku terpaksa menangguhkannya atas hal yang tak boleh dielakkan. Jadi, hari yang bertuah tersebut adalah 10 November.
Berdebar rasa tak terluah dek kata-kata. Haa gituu sekali speechless nya aku. Biasa la aku. Sakit perut la, nak terkucil la. Umi dan k.cik ikut aku pergi temuduga. Diorang tunggu dalam kereta. Setelah menunggu 15 minit, aku dipanggil masuk ke bilik En. Fazzle. Kemudian datang seorang lagi staff dan ambil2 gambar kitorang.
Memandangkan aku dari jurusan sains komputer, dia bertanyakan aku tentang mobile application yang pernah aku buat. Yang masuk Google Play Store nya, satu je. Yang lagi dua, simpan buat pekasam! Hahaa. Mesti korang tertanya-tanya kan kenapa. Hampir satu jam ditemuduga, bersama dengan seorang lagi staff yang merupakan mobile developer. Banyak soalan yang diajukan dan aku hanya menjawab sekadar pengetahuan aku.
Aku diberi keputusan untuk menunggu panggilan dari mereka untuk melakukan ujian terlebih dahulu sebelum betul-betul diambil bekerja di situ. Fuuhh! Lega! Hilang satu beban. Dah tak perlu pikir dan nervous nervous lagi.
Enjoy dulu sambil menunggu panggilan temuduga seterusnya.
Okay. See ya!
11 November 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 thoughts:
Post a Comment