17 February 2013

Welcome Back!

Assalamualaikum...
Setelah 3 minggu bercuti, here I come. Back to UTM. Demi menjalani tugas sebagai seorang pelajar dan anak yang baik, demi melaksanakan amanah yang diberi, jadi disini lah saya berada. Di UTM tercinta. Haaa..

Rasa macam tak cukup je cuti yang hanya 3 minggu tu. Orang lain semua dapat cuti 4 minggu. UTM je cuti 3 minggu. Ni yang jeless nih. Haaha.. Tak lah. Tapi betul jugak tu. Saya dah start kelas hari Rabu lagi, diorang yang lain esok baru start kelas. Yang tak puas hati nya, hari Rabu tu bukannya ada lecturer pun. Dah lah 1 kelas tu je. Last2 kami balik bilik, duk diam2 kat bilik tengok movie. Haha. Hari Khamis pun sama. Tapi nasib baik kelas BI hari Khamis tu ada. Takde la sia2 menunggu dari pagi ke petang. Semalam pun alhamdulillah. Nasib baik ada kelas. Tapi untuk minggu depan, kelas saya untuk hari Jumaat di pindahkan ke hari Khamis pagi. So, saya takde kelas hari Jumaat. Weehoo!!

Hujung minggu ni adalah hujung minggu yang paling bosan bagi saya. Nak tidur, tak mengantuk. Nak buat assignment, takde lagi. Nak tengok movie, dah boring. Nak online, takde apa yang menarik. So, goyang kaki je la hujung minggu ni. Tapi, rasanya hujung minggu depan dah penuh dengan assignment dan assessment dari lecturer.

Okay lah. Selamat menempuh semester baru. :)

Okay. See ya!
Share This:    Facebook Twitter

07 February 2013

Result oh result 2

Assalamualaikum...
Tadi saya post pasal result exam sem lepas. Sekarang ni, pasal result test JPJ!! Ohh.. Sadis nak cakap..

KANDAS

Okay.. Tu yang saya dapat masa ujian dengan JPJ tadi. Kalau 1 bahagian je takpe, tapi masalahnya dua-dua bahagian saya gagal. Okay. Setel la satu hal. Ehh tak setel lagi. Kena ulang balik laa. Tapi bukan dalam masa terdekat ni la. Dalam 2 , 3 bulan lagi ke.

Tapi takpe lah. Takde rezeki. Lain kali ada la tu. Saya pun sebenarnya dah tak larat nak belajar kereta ni., Dah jemu rasanya. Tapi. Tu lah. Jemu lagi. Kan dah gagal. Haha. It's ok. I'll try again Mr. JPJ.

Tapi yang syoknya kitorang pergi main boling tadi. Hehe. Release tension la katakan. Uhukks :) Sanggup diorang tunggu semata-mata nak keluar bersama. Korang memang the best lahh.

Okay. Saya penat.


Okay. See ya!
Share This:    Facebook Twitter

Result oh result

Assalamualaikum...
Okay. Hari ni result keluar. Ehh? Semalam la rasanya. Tapi saya baru tengok hari ni. 

Nampaknya result turun dengan menjunam sem ni. Tapi, apa-apa pun alhamdulillah :) Rezeki saya banyak tu. Syukur dengan apa yang dapat. 

Semoga sem ni dapat beri pengajaran.

Jangan main-main lagi sem depan. Belajar dengan molek-molek.

Ohh sadissss! 


Okay. See ya!
Share This:    Facebook Twitter

Welcome dear!


Assalamualaikum...
Pada 2 Februari lepas, tepat jam 3.15 pm, kakak ipar saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.63 kg di hospital panel syarikat dia di Kuala Lumpur. Alhamdulillah.. Thanks to ALLAH untuk ahli baru ni.

Selamat datang ke dunia baru, sayang. :)


Okay. See ya!
Share This:    Facebook Twitter