Assalamualaikum..
Setelah lama meninggalkan BLOG ni bersendirian, I'm back! Hahah. Macam drama pulak. Tapi, hampir setahun jugak lah saya tak jenguk blog ni. Nak kata sibuk, takde la sibuk sangat kot. Busy dengan family kot. Yelahh. Nak pergi jauh..
Ohh yes.! Bila sebut jauh, sebenarnya saya kat Johor ni. Buat apa kat Johor? Saya sambung belajar la. Ohhohh. Setahun sekali update blog eh? Haaa mesti orang cakap macam tu kan.. Tak lah. Kat rumah sibuk duk buat kerja tu, kerja ni. Kerja rumah je semuanya. Sibuk dengan sekolah lagi. Sebut pasal sekolah, saya masih lagi ke sekolah walaupun dah lepas SPM. Kenapa? Sebab saya ambil Form 6. STAM. Jadi, sibuk lah duk ulang-alik ke sekolah. Pergi menimba ilmu. Best wooh belajar STAM. Banyak ilmu yang dapat. Ilmu kahwin la, ilmu feqah la.. Macam-macam ilmu lah. Lepas tu, nila dah dapat tawaran, sibuk kemas barang nak datang U pulak. Sibuk je memanjang kan.Huu
So, sekarang ni saya berada di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai JB. Jauh kan datang belajar? Takpe, menimba ilmu takpe jauh-jauh pun. Hari tu, matrik dah pergi jelajah Perak dah. Ni kat Johor la pulak kan. *semua negeri nak pergi.. Nak dijadikan cerita pulak, UTM ni satu-satunya U yang saya apply yang jauh dan course yang saya apply ialah Sains Komputer(Grafik dan Multimedia). Semua pilihan saya kat area KL je. Yang ni je yang paling jauh sekali. Masa isi tu tak terfikir yang Skudai ni kat Johor. Huu. Sadis sungguh. So, di sini lah saya. Rezeki saya di sini nampaknya. Alhamdulillah :)
Jadi, saya semapt menulis ni pun sebab curi-curi masa yang terluang untuk menulis entri ni. Kalau tak curi-curi, memang takde peluang lah. Hoho. Lagipun ada lecturer yang suruh buat blog untuk subjek dia. Jadi, kena la buat jugak nak tak nak pun. Dah di beri peluang untuk berBLOG, jadi jangan lepasakn peluang itu. Hee.
Okay. Kat sini jugak saya nak sertakan gambar-gambar masa orientasi. Minggu Transformasi Mahasiswa.
 |
semangat! |
Ni gambar first outing lepas seminggu berorentasi!
 |
credit to sofura |
 |
excited nak outing! |
Saya di tempatkan di Kolej Datin Seri Endon. Kolej yang agak jauh dari fakulti dan centre point. Senior pun ada cakap yang ni first time budak sc. comp kena campak jauh-jauh. Ohh sedihnya kami -__- Tapi takpe. KDSE ni best la jugak. Nampak macam best. Bilik dia luas. Satu bilik hanya untuk dua orang. Dan saya dapat roomate orang Terengganu. Kecil comel je orangnya. Kami ditempatkan sederet dengan coursemate yang lain. Jiran sebelah-menyebelah pun majoriti satu course dengan saya. Kami di kira bernasib baik kerana tidak di pisahkan. Ni sedikit-sebanyak gambar bilik saya. Serba pink kan. Haa
 |
katil! |
 |
locker ;) |
 |
meja study |
Ok lah.. Setakat ni je dulu. Nanti update lagi!
0 thoughts:
Post a Comment