05 March 2021

5th day

Heyya,

Di hari Jumaat yang penuh barokah ini, aku dengan penuh semangat nak baking kek marble. Kek marble kali ni yang biasa-biasa je. Yang zaman dulu-dulu. Warna putih koko gitu. So, buatlah hari ni dengan penuh semangat. Menjadii wehh. Memang sedap giler aku makan tengahari tu. Makan kek je sampai lupa makan nasi untuk lunch tu. Memang cari pasal. Lepas asar, rasa loya nak muntah sebab perut kosong. Huwaaa. Terus goreng telur makan dengan kicap. Adehh laaa


Till meet again,
T
Share This:    Facebook Twitter

04 March 2021

4th day

Heyya,


Hari keempat di bulan Mac. Tiada perubahan besar pun. Cuma aku dah setelkan datu benda tertangguh yang aku nak buat. Konon alasan tak sempat buat sebab kerja kan, so bila dah tak kerja ni kena laksanakanlah tugas-tugas tertangguh tu.

Semalam dah setel kemas meja kitchen untuk baking kan. Dah buat cheese tart. So hari ni aku buat kek marble jelita pulak. Target aku, 1 hari 1 baking. Tak kisah la kek ke biskut ke. Untuk raya. Aku buat, ambik gambar dan promote untuk hari raya ni. Kot ada yang nak tempah hehe.

Betullah orang kata kek marble jelita ni cerewet sikit. Manja. Bahan-bahan senang, cara buat senang tapi kalau ada yang tak kena, memang terus tak jadi kek tu. Haa, so macam mana? Try lah jugak buat hari ni. Sebab hari tu aku buat dengan anak-anak saudara aku ni, jadi elok je. Tiberr hari ni tak menjadi kek marble jelita aku. Bukan lah tak menjadi yang teruk sampai tak boleh makan, boleh makan tapi macam tak berapa masak kat bahagian atas dia. Jadi, dengan kejadian itu, aku terus decide untuk tidak open order untuk kek marble jelita ni. Hahaha.

Esok kita try marble orang-orang tua. Marble zaman dulu-dulu.


Till meet again,
T
Share This:    Facebook Twitter

03 March 2021

3rd day

Heyya,


Hari ni kita sambung mengemas dapur kita yang terbengkalai semalam. Lepas subuh dapat idea nak tengok Pinterest, susunan-susunan dapur @ pantry yang menarik. Tapi aku lebih tengok kepada susunan baking supplies la. Sebab kitchen part baking kan. Kita kena tengok yang bersesuaian. Entah macamana dapat idea nak tengok Pinterest.


Lepas breakfast, terus masuk gear 5. Nak bagi setel hari ni terus. Esok dah nak masuk bab lain. Haa gituu, buat kerja biar ada jadual dan tersusun. Baru lah tak tertangguh dan tertinggal (banyak kali dah pesan kat diri sendiri, tapi tangguh jugak lagi)💁Setel lah di waktu tengahari.


Tetiba mood rajin datang. Nak buat cheesetart pulak. Sebab shell tart masih ada (yang tak basi lagi) and sayang takut nanti membazir, teruskan lah hajat buat cheesetart. Cheesetart ni kejap je buat kalau dah ada shell tart. Senang je.




Tak montok sangat, sebab terlebih kuning telur dalam cheese dan nampak macam cair sikit. Nanti next time nak try buat yang terlebih montok pulak. Ni pun dah banyak cheesenya tau, walau macam tak montok.

*terliur la pulak lepas upload ni.


Till meet again,
T
Share This:    Facebook Twitter

02 March 2021

2nd day

Heyya,


Woke up with fresh morning. List down what to do. First thing first I need to settle down my kitchen sebab dah nak puasa ni, jadi nak kena buat tester cookies raya before puasa. So, kitchen lah tempat pertama yang kita akan touch-up. Sekadar nak bagi nampak kemas, tidak serabut dan teratur untuk buat kerja. Tersusun dengan rapi dan semua barang ada untuk memulakan tugas sebagai baker. Oopss hehehe.

Bukan senang nak rombak dapur ni. Sebahagian je part aku punya di dapur ni tapi sebab barang banyak dan tak tersusun, jadi nampak macam bersepah. Fuuhh. Nak kemas sebahagian kitchen ni pun bukan ambik masa sehari dua ni. Haha. 

Start dengan membasuh dulu semua loyang yang ada, sorting out meja pantry, yang mana masih digunakan, yang mana dah tak perlu. Tapi disebabkan semalam kepala tingtong, so hari ni boleh buat kerja slow-slow je. Buat sikit, rehat, buat sikit, rehat. Jangan straight, bahana nanti.

Hingga tengahari, half je siap untuk bahagian kitchen tu. Sambung lepas maghrib sikit je and esok lah pulak. Hahaa. Nak fikir susunan lagi.


Till meet again,
T
Share This:    Facebook Twitter

01 March 2021

1st day

Heyya,

It's the first day of March. Even yesterday was my last day busy with office and sort of, today I'm busy again with personal matter. Have to settle up my umi's work before I take some rest or I would say my own personal things. Went here and there with my umi, together, just the two of us. Even the weather not so nice today, but I would say it's the best day for me.

I feel relaxed and free of workload (for a while). Can take a deep breath before continuing the matters that I've delayed for a long time ago.

But the feelings didn't last long. After Zuhr, I got a message from my previous employer, offer me a job that seems easy to all but not for me. I ask to confirm at night because I need to discuss with my parents first. And the answer is NO (from me myself).

I need a sleep. My headache come again and I really need to sleep. Hope for a better tomorrow.


Till meet again,
T
Share This:    Facebook Twitter

28 February 2021

Last day

Heyya,

Alhamdulillah semua setel dah. Tunggu print dan masuk meeting. Walau kali ni meeting hanyalah di alam maya, tapi aku pergi office jugak. Sebab masih banyak barang yang ditinggalkan disana. Lepas meeting, kita kutip la barang-barang untuk diangkut balik. Saja je nak ke sana, walhal boleh je meeting online di rumah. Tapi sambil-sambil meeting tu, boleh la kita bertemu mata dengan rakan-rakan yg datang jugak.

Bilik tetap meriah walau bukan semua ahlinya hadir. Ada yg bawak makanan, seakan jamuan di hari-hari terakhir kami. Semoga kita panjang jodoh & bertemu lagi di lain hari. Walau sekadar meeting online, penat badan tetap terasa. Penat drive, penat fikir, penat jalan, penat ketawa.

Semua itu akan jadi kenangan.


*Sorry, sis memang jakun bila bergambar. 


Till meet again,
T




Share This:    Facebook Twitter

21 February 2021

Busy

Heyya.

Lately busy sikit dengan marking paper student yang bertimbun-timbun. Walau 4 kelas je yg ada final paper tapi sebab ada paper coding, jadi proses marking ambik masa yg lama. 2 kelas coding, 2 kelas theory computer. Should be yg theory tu ambik masa yg lama jugak utk marking tapi sebab student jawab pendek2 jadi simple la tugas marking.

So, bila dah di part marking final exam, maka tak lama lagi tamatlah kontrak disini. Kenangan mengajar memang tak boleh dilupakan. Betul-betul kenangan. Last akan pergi office untuk ambik barang apa semua and meeting, adalah second day sebelum tamat kontrak. Sebab sem ni memang banyak WFH saja.

Till meet again,
T
Share This:    Facebook Twitter

18 February 2021

Alasan

Hai, seperti yang sebelum-sebelum ni, buat comeback tapi tinggal sunyi lagi blog ni tanpa post apa. Tanpa khabar berita. Mungkin diri ini tidak pantas membina blog. Sekadar meniru orang lain yang buat. Orang buat, nak buat jugak. Idea ada, tapi bakat nak menulis tu macam tak berapa. Tapi takpe, kali ni kita usaha sampai jadi. Latih diri untuk buat entry setiap hari. Mesti boleh.

Bukan takda masa, bukan tak cukup waktu, tapi entahlah. Alasan menghantui diri. Alasan tu alasan ni. Banyak sangat alasan. Tu yg tak jadi tu.

Orang pemalas memang banyak alasan kan?

Taknak jadi orang pemalas. Tolong!
Share This:    Facebook Twitter

12 February 2021